Hobi
Serlahkan kehebatan anda
Maksud Hobi
Hobi merupakan aktiviti rekreasi yang dilakukan pada masa lapang bagi menenangkan fikiran seseorang.

Kepentingan Hobi
-
Membantu kita untuk optimumkan penggunaan masa. Contohnya 50% untuk kerja harian dan 50% lagi untuk aktiviti kegemaran.
-
Membantu kita untuk menikmati masa serta suasana ketika melakukan aktiviti kegemaran.
-
Membantu kita untuk kelihatan lebih menarik serta ceria.
Kesan Hobi
-
Alih perhatian daripada terlalu tertekan dengan masalah kehidupan.
-
Perasaan lebih positif kerana kita akan mengalami perasaan gembira dan puas semasa melakukan aktiviti yang digemari.
-
Dapat berkongsi dengan penuh semangat mengenai aktiviti yang digemari dalam situasi sosial contohnya ketika berbual dalam sesuatu majlis atau perjumpaan.
-
Kajian psikologi menunjukkan bahawa hobi yang sihat dapat :
-
Mengurangkan tahap kemurungan
-
meningkatkan perasaan positif
-
mengoptimumkan tahap kesihatan fizikal

Tujuan Hobi
Tujuan hobi adalah untuk memenuhi minat dan mendapat keseronokan, bukan mendapat pulangan. Terdapat pelbagai jenis hobi seperti mengumpul, membuat, membaiki, bermain dan pendidikan dewasa.
Ada hobi percuma dan ada yang memerlukan belanja. Sebagai contoh, hobi mengumpul setem adalah percuma jika sekadar mengumpulkan setem terpakai, tetapi ia bertukar menjadi hobi yang memerlukan belanja apabila pengumpul jemu dengan kesukaran mendapatkan pelbagai setem secara percuma. Pelbagai jenis setem yang menarik perlu dibeli, malah setem yang baru terbit harganya mahal.
Memancing adalah hobi yang memerlukan belanja dan menghasilkan pulangan. Belanja diperlukan untuk membeli alat pancing utama seperti joran dan umpan, alat pancing sampingan seperti bot, khemah, lampu dan sebagainya. Pulangannya adalah ikan dan hadiah pertandingan memancing.
Antara hobi lain ialah memelihara burung untuk mendengar bunyi, memiliki pokok bonsai dan memelihara ikan lohan (flower horn).

Tips Memilih Hobi
-
Pilih aktiviti yang sihat
-
Pilih aktiviti yang menggembirakan anda
-
Pilih aktiviti yang mendatangkan kepuasan kendiri
-
Pilih aktiviti yang sesuai dengan personaliti diri
-
Tanya diri, "Adakah saya berasa lebih gembira dan relaks?" selepas aktiviti itu
