top of page
Hobi
Serlahkan kehebatan anda
MEMANCING

Setiap pemancing pasti mempunyai sebab dan tujuan tersendiri menjadikan memancing sebagai hobi. Bagi saya ia bermula hanya sekadar untuk suka-suka tetapi akhirnya ia menjadi hobi utama bagi saya.
SEBAB MEMANCING ADALAH HOBI UTAMA SAYA
1.Memberi Ketenangan
​
Dengan memancing saya dapat menikmati keindahan alam semula jadi. Semasa memancing saya dapat melihat dan mendengar bunyi ombak dan ia memberikan ketenangan kepada saya.
​
2. Menambah Rakan dan Kenalan
​
Dengan memancing saya dapat menambah kenalan dan rakan daripada minat yang sama, selain itu kami dapat bertukar ilmu dan teknik memancing.
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
3. Hasil Pancingan Sebagai Lauk
​
Selain memberi ketenangan dan manambah kenalan, hobi memancing adalah hobi yang dapat memberikan hasil. sekurang- kurangnya ia dapat menjimatkan kos perbelanjaan dan dapat merasai lauk yang segar.
​
4. Rekriasi
​
Memancing juga adalah suatu rekreasi dan aktiviti riadah yang baik. Aktiviti memancing juga sesuai untuk dilakukan bersama ahli keluarga, bagi yang belum pernah merasai aktiviti ini pasti akan berasa teruja lebih lebih lagi apabila umpan panvingan mengena.
​
5. Kepuasan Diri
​
Memancing sememangnya memberikan kepuasan kepada mereka yang benar-benar menghayati hobi ini. Lebih lebih lagi apabila umpan mengena. Hanya peminat tegar hobi memancing sahaja yang dapat merasai perkara yang dimaksudkan ini.
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
6.Pendapatan Sampingan
​
Dengan memancing juga dapat menambah sumber pendapat. Apabila hasil pancingan berlebihan ia dapat dijual kepada peraih ataupun mengambil bahagian dalam pertandingan memancing jika ada rezeki dapat menjadi juara dan hasilnya pasti agak lumayan.
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​



bottom of page