top of page

HIKING (MENDAKI)

     Mendaki adalah merupakan sejenis aktiviti lasak yang memerlukan peneraju aktiviti ini untuk berjalan, diatas binaan alam semulajadi, atau lebih tepat lagi mengikut aliran trail dakian. Aktiviti ini sangat sinonim dilakukan dikawasan berbukit-bukau, bergunung-ganang, berlembah atau bergenting tinggi yang berbatu, berpasir, atau bertanah alun. Aktiviti mendaki dilakukan secara aktiviti luaran, namun ada juga dilakukan secara dalaman misalnya mendaki di dalam gua besar yang beruangan besar, curam, berbatu-batuan dan berstruktur tinggi. Mendaki cukup popular di dunia Kategori:Organisasi mendaki. Nilai kebaikan kesihatan dari aktiviti mendaki adalah berbagai bergantung kepada jenis dakian yang dijalankan, ada pendaki yang boleh menerima kesan positif ketika dan sesudah melakukan aktiviti dakian, namun ada juga mendapat kesan negatif.

Hiking

TEMPAT MENARIK UNTUK AKTIVITI HIKING KEPADA ORANG BARU

bukit broga.jpg
hutan lipur gunung pulai.jpg

Bukit Broga, Pekan Semenyih

hutan lipur templer.jpg

Gunung Pulai, Kulai, Johor

taman Eko Rimba.jpg

Hutan Lipur Templer, Kuala Lumpur

Taman Eco Rimba, Bukit Nanas, Kuala Lumpur

bukit batu putih.jpg
bukit jugra.jpg

Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, Port Dickson

bukit padang.jpg

Bukit Jugra, Kuala Langat, Selangor

bukit panorama.jpg

Bukit Padang, Kota Kinabalu, Sabah

Bukit Panorama, Sungai Lembing, Pahang

bukit keluang.jpg
bukit gasing.jpg

Bukit Keluang, Kuala Terengganu, Besut

gunung arong.jpg

Bukit Arong, Mersing, Johor

Bukit Gasing, Petaling Jaya, Selangor

bukit beruang.jpg

Bukit Beruang, Melaka

TIPS PERSEDIAAN SEBELUM HIKING

1. Persiapkan air semaksimum mungkin yang korang boleh bawa. Tapi, perlu diingatkan agar berat air tidak menjadi terlalu membebankan. Air sangat penting bagi mengelakkan dehidrasi @ kehilangan air dalam badan. Bawa sekurang-kurangnya 500ml bagi air isotonik dan 1.5 liter air kosong. Jika perlu, bawa garam.

 

2. Bawa makanan yang boleh memberikan tenaga yang cepat contohnya seperti coklat dan juga buah pisang (untuk pendakian daypack) Tenaga yang banyak diperlukan semasa mendaki. Jangan membawa makanan yang terlalu berat dari segi muatan. Ration makanan perlulah dibahagikan bersama dengan rakan-rakan anda

 

3. Sediakan juga peralatan kecemasan asas seperti minyak angin, bandage dan juga handyplus bagi menghadapi situasi yang tidak diingini berlaku.

 

4. Jika anda sudah membuat perancangan awal-awal untuk mendaki, pastikan korang ada membuat aktiviti sukan paling kurang 2 minggu sebelum pendakian dibuat. Jika tidak, korang pasti menyesal (pengalaman kena muscle painkat otot peha.)

 

5. Pastikan segala gajet korang disimpan di dalam bekas kalis air dan dan dapat menahan hentakan kuat contohnya seperti plastik, bagi mengelakkan gajet anda rosak ketika pendakian dibuat.

 

6. Sila buat homework mengenai gunung atau bukit yang bakal korang daki. Ini adalah penting bagi korang untuk merancang laluan, kontur persekitaran dan juga kesukaran yang akan dialami.

 

7. Pakai pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti mendaki. Pilih kasut yang bersesuaian. Kasut adalah penting semasa mendaki bagi mengurangkan kelicinan pendakian. Nak jimat bajet, pakai kasut Adidas Kampung.

​

8. Pendakian selalunya dimulakan pada awal pagi. Jadi, jangan makan terlalu banyak semasa sarapan pagi. Cukup sekadar mengalas perut sahaja. Sila pastikan sebelum pendakian dibuat, panaskan badan anda terlebih dahulu dengan senaman ringan.

 

9. Sebelum melakukan pendakian, daftarkan atau inform kepada pihak renjer hutan bagi mendapatkan keizinan dan juga sebagai langkah keselamatan jika korang tersesat.

 

Tips ini terhad kepada pendakian harian sahaja. Jika pendakian yang memerlukan korang bermalam, sila rujuk kepada pakar. Jika anda masih baru macam saya, disarankan bawa seorang dua yang berpengalaman dalam pendakian.

© 2019 by Qawiem dan Amier Fikrie. Proudly created with Wix.com

bottom of page